Friday, 23 November 2012

Kepong Gangster



Kongsi Gelap a.k.a Gangster. Bila sebut pasal gangster apa yang korang fikir? Kebanyakan orang mesti fikir negatif. Samseng, kaki pukul, ahlong, dan macam2 lagi lah. Tapi hari ni aku bukan nak bercakap pasal gangster. Kali ni aku nak cerita pasal filem Kepong Gangster. Dah tengok belum Kepong Gangster? Sebenarnya Kepong Gangster ni filem Malaysia. Dah nama pon Kepong Gangster, mestilah filem Malaysia.

Kepong Gangster mengisahkan lima anak muda yang sering dibuli di sekolah mereka oleh budak2 yang dipercayai ahli geng 27. Lalu mereka mengambil keputusan untuk join kongsi gelap kerana tidak mahu dibuli.  Mereka join kongsi gelap di bawah pimpinan seorang tailong yang bernama Thong. Upacara dan ritual telah dijalankan bagi menyambut ahli baru dalam sesebuah kumpulan kongsi gelap. Setelah sumpah taat setia dibaca dan colok dibakar, maka secara rasminya mereka diterima masuk ke dalam geng 36. Segala-galanya bermula dari situ,..

Nak tau lebih lanjut korang kena tengok sendiri. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada filem ni. Kalau dibandingkan dengan KL Gangster, aku pilih Kepong Gangster lagi. Sebab apa? Sebab jalan ceritanya yang digarap dengan sempurna, menjadikannya lebih realistik dan menarik berbanding filem KL Gangster yang lebih kepada fiksyen dan ayat merepek yang melampau-lampau.

Young and Dangerous
Bagi aku filem Kepong Gangster ni mengingatkan aku pasal filem kongsi gelap Hong Kong yang pernah menjadi hit satu ketika dulu, tak lain tak bukan ianya adalah filem "Young and Dangerous." Kepong Gangster is Young and Dangerous Malaysian style,.

No comments:

Post a Comment